Orang Sabar Seperti Mengenggam Bara Api

Kamu baca 1000 kitab tentang sabar pun, belum tentu kamu boleh menjadi penyabar. Begitulah hakikatnya untuk mendidik diri menjadi seorang yang penyabar. Sabar memerlukan kepada latihan dan bukan teori atau berdasarkan pembacaan semata-mata tanpa diseiringan dengan tindakan.

Kesabaran semakin menipis dan mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah. Misalnya, scammer, menggunakan laluan kecemasan di jalan raya, meletakkan kenderaan di tempat OKU, majikan memarahi pekerja di khalayak umum, mengatakan manfaat produk secara berlebih-lebihan dengan menjual nama agama dan perkara-perkara yang lain sering dilakukan di saat semua orang di dalam kesempitan lebih-lebih lagi pada zaman ekonomi yang tidak menentu ini.

Menurut riwayat al-Tirmizi, “Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api”. [Riwayat al-Tirmizi (2260)]

Telah berkata al-Qari’:
“Tidak mungkin seseorang itu boleh memegang atau menggenggam bara api melainkan ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu menanggung kesusahannya. Untuk itu, tidak dapat digambarkan pada waktu itu apabila seseorang itu ingin menjaga agamanya dan juga cahaya keimanannya kecuali dengan kesabaran yang tinggi”. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 6:444]

Nak jadi seorang yang sabar, ujiannya pun hebat. Manusia kadang terlupa lantaran itu Allah hadirkan ujian untuk melatih sifat sabar pada diri manusia. Betapa baiknya Allah kerana secara tidak sedar, ujian atau masalah yang menimpa kita itu dapat bantu kita untuk latih diri menjadi seorang yang sabar dengan ujian yang diberikan. Oleh itu, persiapkan diri dengan ilmu agar kita dapat menjadi seorang yang penyabar dan dapat menangani masalah dengan sebaiknya tanpa melanggar syarak.
Apabila ujian itu mudah, manusia tidak menghargai. Hargailah setiap apa yang kita miliki kerana belum pasti kita akan memilikinya lagi.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEMBALI