Catatan

Imej
Orang Sabar Seperti Mengenggam Bara Api Kamu baca 1000 kitab tentang sabar pun, belum tentu kamu boleh menjadi penyabar. Begitulah hakikatnya untuk mendidik diri menjadi seorang yang penyabar. Sabar memerlukan kepada latihan dan bukan teori atau berdasarkan pembacaan semata-mata tanpa diseiringan dengan tindakan. Kesabaran semakin menipis dan mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah. Misalnya, scammer, menggunakan laluan kecemasan di jalan raya, meletakkan kendera an di tempat OKU, majikan memarahi pekerja di khalayak umum, mengatakan manfaat produk secara berlebih-lebihan dengan menjual nama agama dan perkara-perkara yang lain sering dilakukan di saat semua orang di dalam kesempitan lebih-lebih lagi pada zaman ekonomi yang tidak menentu ini. Menurut riwayat al-Tirmizi, “Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api”. [Riwayat al-Tirmizi (2260)] T

KEMBALI

Imej
Lama sudah laman sesawang ini bersawang. InsyaAllah, selepas ini saya akan berkongsi di dalam blog ini dengan perkongsian-perkongsian yang bermanfaat. Semoga ia menjadi amal jariah apabila meninggal dunia. Matinya anak adam, maka terputuslah segalanya KECUALI 3 perkara 1. Doa anak yang soleh 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Sedekah Jariah
Imej
Haji Mabrur Apabila tibanya musim haji pasti ramai di kalangan kita yang mengimpikan untuk menjadi tetamu Allah di bumi Mekah dan Madinah. Mungkin disebabkan beberapa kekangan menyebabkan kita lambat untuk menyahut panggilan haji. Haji merupakan rukun Islam yang kelima. Ia diwajibkan kepada mukallaf, merdeka dan wajib dilaksanakan seumur hidup dengan syarat dia mampu. Di dalam surah Ali Imran ayat 97 : فِيهِ ءَايَٰتٌۢ بَيِّنَٰتٌۭ مَّقَامُ إِبْرَٰهِيمَ ۖ وَمَن دَخَلَهُۥ كَانَ ءَامِنًۭا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلْبَيْتِ مَنِ ٱسْتَطَا عَ إِلَيْهِ سَبِيلًۭا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِ نَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ عَنِ ٱلْعَٰلَمِينَ “Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam”. (QS. Ali Imran: 97). Mampu itu bagaimana? Mampu itu bermaksud selama perjalanan menunaikan ibadah haji

salam perkenalan

  alhamdulillah akhirnya dapat juga blog ini diterbitkan  dan saya berharap segala perkongsian saya dan anda semua dapat menjadi pengajaran dan pembelajaran berkesan buat kita semua..insyallah